NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda Pas desak batalkan penganjuran Thai Hot Guy

Pemuda Pas mendesak agar penganjuran Thai Hot Guy di Kuala Lumpur dibatalkan.


SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari membantah dan mendesak agar penganjuran program 'Thai Hot Guy' pada 30 Mac depan dibatalkan.

Ahmad Fadhli menyifatkan tiada keperluan mengadakan program sedemikian terutamanya pada bulan Ramadan.

"Tiada keperluan program seperti ini diberikan kebenaran untuk beroperasi ditambah pula pada bulan Ramadan yang mulia," katanya di Facebook pada Selasa.

Ahmad Fadhli turut mengajak orang ramai untuk sama-sama menyuarakan bantahan agar program itu tidak diadakan pada bulan suci Ramadan.

"Tolonglah, hentikan. Suarakan bantahan beramai-ramai," ujarnya.

Pada Isnin, sebuah akaun Facebook bernama KL NOW memuat naik hantaran mengenai program Thai Hot Guy yang difahamkan merupakan sebuah acara pertunjukan lelaki macho di sebuah bar di Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.


Sumber | Sinar Harian

 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Aku tak kisah ianya diadakan kalau ianya diadakan di pwtc dan dihadkan kehadiran kpd ahli2 parti phbn sahaja dan terkebih afdal sekiranya pm & tpm hadir sekali bersama2 jemaah menterinya.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo