NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilik bot nelayan desak kerajaan kali semula kadar subsidi diesel



Pemilik bot nelayan kelas B dan C di Kuantan, Pahang mendesak kerajaan meneliti semula subsidi minyak diesel yang didakwa dikurangkan sejak Jan lalu.

Wakil kumpulan itu, Lee Bing Quan, 31, berkata subsidi diesel bagi bot kelas B dikurangkan sebanyak 2,000 liter manakala bot kelas C pula dikurangkan 3,000 liter.

"Sebelum ini (subsidi) kelas B sebanyak 16,000 liter dan sejak Jan lalu kami cuma dapat 14,000 liter manakala kelas C pula daripada 20,000 liter kepada 17,000 liter sekarang.

"Jumlah ini (kadar subsidi baru) hanya boleh digunakan bagi satu perjalanan keluar menangkap ikan untuk tempoh 10 hari.

"Biasanya kami buat (perjalanan) dua kali sebulan dan untuk satu trip bot kelas C akan 'makan' kos (minyak dieael) sekitar 10,000 liter," katanya kepada media selepas mengetuai himpunan aman bersama 100 pengusaha bot di Kuantan, semalam.


Lee Bing Quan


Lee menegaskan pengurangan itu bukan sahaja memberi kesan kepada pengusaha bot, tetapi turut membabitkan pekerja mereka.

Katanya, di Kuantan saja ada kira-kira 200 bot nelayan dengan setiap bot memiliki sekitar enam pekerja.

"Kalau boleh buat satu kali perjalanan saja sebulan, pendapatan kami kurang dan bagaimana kami nak bayar gaji pekerja.

"Hasil tangkapan juga akan terjejas dan kekurangan bekalan di pasaran berlaku, ini meningkatkan harga ikan dan secara tidak langsung membebankan pengguna," katanya lagi.


Ariping Mohd



Sementara itu, pengusaha bot Ariping Mohd, 70, berkata semua pengusaha bot nelayan bergantung kepada subsidi diesel disediakan kerajaan dan tidak boleh membeli minyak diesel melalui pihak luar.

"Kami cuma dibenarkan beli minyak (diesel) mengikut kuota ditetapkan, kalau beli dari luar, kami kena tindakan macam lesen digantung atau lain-lain tindakan.

"Sebab itulah kami harap sangat kerajaan boleh tengok balik bab pengurangan kadar subsidi ini.

"Kerajaan kena simpati sikitlah dengan kami kerana ada antara pengusaha bot masih tanggung hutang bank untuk pinjaman bagi membeli bot mereka," katanya.


Ariping memberitahu ada antara rakan pengusaha bot nelayan di negeri lain terpaksa menjual bot serta kelengkapan menangkap ikan akibat tidak mampu menampung kos operasi sejak subsidi diesel dikurangkan.

Dia berharap isu dapat diselesaikan segera supaya semua pihak tidak menanggung bebanan disebabkan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi minyak diesel.

Untuk rekod bot nelayan kelas B dan C merujuk kepada jenis bot yang dibenarkan melakukan aktiviti penangkapan ikan dan hasil laut pada jarak tidak kurang dari 20 batu nautika dari pantai dan tidak kurang 5 batu nautika dari perairan pulau.

Skim itu mula dilaksanakan pada 2006 bagi membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan ditanggung nelayan kesan kenaikan harga minyak di pasaran.

Pada 2021 sebanyak 51,926 pemilik vesel menerima subsidi minyak diesel dan petrol disediakan kerajaan melalui agensi berkaitan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 23 Feb lalu dilaporkan berkata, terdapat ketirisan subsidi diesel berjumlah hampir RM10 bilion sepanjang tahun lalu.


Sumber I MalaysiaKini





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo