Sepanjang kariernya, beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Perhubungan Islam AS sejak 2003. - Foto Twitter/Anil Sural |
SEORANG hakim warga Amerika Syarikat (AS) yang baharu sahaja dilantik, menjadi yang pertama di Mahkamah Tinggi New Jersey yang berhijab.
Nadia Kahf, seorang peguam kelahiran Syria, mengangkat sumpah di Mahkamah Tinggi Daerah Passaic Khamis lalu.
Kahf berhijrah ke AS dari Syria bersama keluarganya ketika beliau berusia 2 tahun.
Sepanjang kariernya, beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Perhubungan Islam AS sejak 2003.
Beliau turut dilantik sebagai Presiden Pusat Islam Daerah Passaic, antara masjid terbesar di New Jersey.
Kahf disifatkan sebagai hakim berhijab pertama di AS namun ada beberapa laporan media menyatakan status itu sebenarnya milik Hakim Carolyn Walker-Dialo yang dilantik sebagai hakim mahkamah sivil di New York pada tahun 2015.
Laporan itu menegaskan Kahf hanya hakim berhijab pertama di New Jersey dan bukan seluruh AS.
Terdapat ramai lagi hakim beragama Islam di AS namun hanya dua individu ini yang berhijab.
Sumber | Astro Awani
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment