PUTRAJAYA: Menu Rahmah bersifat sukarela, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di sebalik kebimbangan mengenai kelangsungan inisiatif itu sekiranya harga barang terus meningkat.
“Ia seperti sumbangan daripada peniaga kepada orang miskin dan yang memerlukan,” kata Ketua Setiausaha Azman Mohd Yusof, dan menambah menu berharga RM5 itu tidak mengganggu modal perniagaan.
“Ia bukan satu menu khas tetapi sama seperti yang dijual peniaga cuma mungkin berbeza sedikit dari segi kuantiti.”
Sebelum ini, Pengarah Urusan Mydin Ali Ameer Mydin dalam temubual Utusan Malaysia berkata Menu Rahmah akan stabil untuk tiga bulan pertama dan seterusnya bergantung kepada keadaan ekonomi.
Katanya, Menu Rahmah boleh dikekalkan untuk suatu tempoh yang lama sekiranya tiada kenaikan harga barang, dan banyak barang dalam Menu Rahmah adalah barang kawalan.
Dalam temubual sama, Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamad Abdullah berkata subsidi bahan asas seperti ikan, ayam dan minyak akan boleh mengekalkan Menu Rahmah ketika kenaikan harga barang.
Sementara itu, Azman berkata kementerian mengalu-alukan mana-mana pihak menawarkan Menu Rahmah tanpa menelan kos.
“Pernah seorang pengusaha di Perlis yang memberitahu saya, bukan setakat harga RM5, dia boleh juga menawarkan makanan kepada orang yang memerlukan secara percuma,” katanya.
Beliau mengingatkan bahawa Menu Rahmah bukan untuk membantu syarikat meraih keuntungan berlipat ganda, tetapi budaya membantu golongan memerlukan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment