ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor mendakwa beliau dilarang menghadiri semua program anjuran kerajaan Persekutuan termasuk acara Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 23) yang bakal berlangsung di Langkawi pada Mei depan.
Dakwaan itu dimuat naik dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini tanpa menjelaskan keputusan Kabinet itu.
Muhammad Sanusi turut mendakwa perkara itu merupakan keputusan Kabinet yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“PMX’s cabinet new decision – Barred MB Kedah in any federal gov occations including Lima in Langkawi… what to do? (Keputusan terbaharu Kabinet PMX – Haramkan MB Kedah dalam semua majlis Kerajaan Pusat termasuk LIMA. Apa nak buat.
“If you panaih (panas), please don’t koyakk (tapi jangan marah),” tulis Muhammad Sanusi.
LIMA 2023 bakal menjadi acara paling popular di rantau ini selepas edisi terakhir LIMA 19 memandangkan edisi 2021 terpaksa dibatalkan susulan pandemik Covid-19.
Susulan penangguhan tiga tahun selepas penganjuran LIMA 19, bukan sahaja kerajaan dan pihak penganjur bersiap sedia sepenuhnya, malah pempamer, delegasi asing serta orang ramai begitu teruja dan tidak sabar menantikan LIMA 2023.
Dijangka 110 pesawat dan aset udara serta 110 kapal dan aset maritim bakal dipamerkan pada acara tersebut yang melibatkan kira-kira 600 syarikat dalam industri pertahanan. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment