NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa banjir Johor terus catat penurunan

Penduduk kampung sedang giat melakukan kerja-kerja pembersihan selepas banjir surut ketika tinjauan di sekitar perkampungan di Yong Peng. -Foto Bernama


JOHOR BAHRU – Faktor cuaca yang semakin bertambah baik ketika ini di Johor dilihat sebagai antara faktor yang menyumbang kepada penurunan jumlah mangsa banjir di negeri berkenaan setakat ini.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, setakat jam lapan malam Isnin, jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan apabila seramai 39,677 mangsa daripada 11,078 keluarga dilaporkan berada di 125 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam lapan malam, Isnin.

Katanya, penurunan berkenaan turut menyaksikan tiga lagi PPS ditutup selain tidak ada pembukaan PPS baharu setakat ini.

“Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menunjukkan trend penurunan walaupun empat daerah melibatkan Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat masih terjejas dengan banjir.

“Bagaimanapun, kesemua daerah berkenaan turut mencatatkan penurunan mangsa banjir dengan Batu Pahat merekodkan seramai 38,878 mangsa banjir di 111 PPS, Muar (524 mangsa banjir di lima PPS), Tangkak (63 mangsa banjir di dua PPS) dan Segamat (212 mangsa banjir di tujuh PPS), ketika ini,” katanya.

Sementara itu Azmi berkata, berdasarkan pemantauan cuaca setakat lapan malam Isnin, merekodkan cuaca cerah di kesemua 10 daerah di Johor.

Malah katanya, berdasarkan laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), tidak ada amaran ribut petir dan hujan berterusan di negeri ini.

“Bagaimanapun setakat ini, tiga sungai di Muar dan Batu Pahat masih berada di paras bahaya biarpun menunjukkan trend penurunan ketika ini.

“Bagi daerah Muar, Sungai Muar di Bukit Kepong berada pada aras 3.37 meter (m) manakala di Batu Pahat, Empangan Bekok mencatatkan 19.39m dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.62m).

“Bagi daerah Muar, aras semasa di Sungai Muar, Bukit Kepong berada pada paras 3.45 meter (m) manakala di Batu Pahat, Empangan Bekok (19.45m), Sungai Simpang Kiri di Sri Medan (2.41m) dan Sungai Senggarang di Senggarang berada pada paras 3.63m,” katanya.


Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo