NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahasiswa boleh bersuara, tapi tidak boleh jadi walaun – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap ketika program Dialog Anak Muda Temu Anwar bersempena Youth Empowerment Fair 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto MOHD ADZLAN, 18 MAC 2023.


KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan tidak akan menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara selagi mana ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan kepentingan tertentu.

Beliau juga menggalakkan anak muda menjadi aktivis di negara namun bukan bergelar pak turut kepada mana-mana pihak.

“(Mahasiswa) boleh jadi aktivis (perjuangkan hak mahasiswa) tetapi jangan jadi macai, walaun.

“Tetapi kalau permainkan kaum dan agama (saya ulangi) akan ambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Dialog Anak Muda Temu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar turut mengimbau sejarah panjang pembabitan dirinya dalam politik ketika masih bergelar mahasiswa sehingga turut dimasukkan ke dalam penjara.

Ujar beliau, memahami kemahuan mahasiswa, kerajaan pimpinannya tidak akan mengambil tindakan terhadap aktivis yang memperjuangkan hak mereka.

Sementara itu, lebih 1,000 peserta yang rata-ratanya golongan muda menghadiri Dialog Anak Muda Temu Anwar yang sempena program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023) yang memasuki hari kedua penganjuran hari ini.

Program yang telah dilaksanakan sejak 2009 membuka ruang kepada sesiapa sahaja terutamanye belia untuk bertanya soalan secara terus kepada beliau.

Pada majlis sama, kumpulan Bunkface tampil mempendengarkan lagu Malaysia Madani buat pertama kali kepada pengunjung. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo