NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lautan manusia penuhi Tanah Suci seawal Ramadan

PETALING JAYA – Lebih sejuta umat Islam membanjiri Tanah Suci Mekah untuk melakukan ibadah umrah bermula 1 Ramadan dan jumlah itu terus bertambah sehingga ke hari ini.

Suasana meriah itu dikongsikan menerusi akaun TikTok @andalusiasenawang pagi tadi, apabila kelihatan seperti lautan manusia sehingga menyebabkan keadaan di Tanah Suci menjadi sesak.

“Ini situasi di Masjidil Haram, orang melakukan tawaf, orang melakukan ibadah umrah di bulan Ramadan ini padahal masih awal Ramadan sudah penuh sesak seperti ini.

“Bermula dari solat subuh tadi, ada sebilangan jemaah yang tidak dapat masuk ke Masjidil Haram disebabkan keadaan di dalam terlalu padat, penuh luar biasa,” kata seorang pengulas video tersebut.

Katanya lagi, keadaan sesak itu turut menyukarkan sebahagian besar jemaah yang ingin memasuki ruangan di bahagian bawah untuk melakukan ibadah tawaf.

“Yang mana masih ada ruang pun hanya di bahagian atas, orang-orang yang melakukan tawaf hanya boleh masuk di bahagian atas, bahagian bawah sudah terlalu padat,” kongsinya.

Dalam pada itu, individu tersebut turut meramalkan keadaan akan lebih sesak menjelang 10 hari terakhir Ramadan kerana ketika itu ramai yang mahu berpuasa dan melakukan ibadah umrah di Tanah Suci di samping mengejar malam lailatulqadar. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo