NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Madani : Kejutan demi kejutan

Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita, Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan 1 April.

Minggu ini kita dikejutkan pula dengan berita, tiada lagi pelepasan cukai untuk pencarum #SSPN bagi tahun ini.
Skim rumah pertama, manfaatnya kepada golongan ANAK MUDA yang baru bekerja atau baru berkahwin untuk melayakkan memiliki rumah.

Pengecualian cukai caruman SSPN, manfaatnya untuk menggalakkan IBU-BAPA MUDA menabung bagi menampung kos pendidikan anak-anak di masa depan.
Benar kerajaan amat terdesak untuk mengutip cukai. Namun keputusan mendadak ini wajar dipertimbangkan semula, dengan mengambil kira kebajikan rakyat dan anak muda di masa depan.

Syahir Sulaiman, Pencarum SSPN
27 Mac 2023, Parlimen

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo