Dalam ucapannya ketika ceramah Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur malam tadi, bekas menteri kanan kluster ekonomi itu juga mendakwa kontrak itu diberikan melalui rundingan terus, sekali gus bercanggah janji kerajaan untuk menamatkan amalan sedemikian apabila berkuasa.
"Sebelum ni dia (kerajaan) kata nak buat tender terbuka, tidak ada direct nego.
"Pimpinan, ahli parlimen dah cabar dalam parlimen nyatakan siapa dapat kontrak bawa telur India ke Malaysia?
"Deepak.
"Deepak siapa? Kawan Rosmah.
"Dalam parlimen tak jawab, tapi kita sudah bongkarkan,” katanya ketika ceramah di Markas PAS Taman Melewar di Kuala Lumpur.
"Deepak duduk sebelah Mat Sabu pergi ke India.
"Saya nak tanya apa peranan Deepak? Mana tender terbuka?
"Kenapa Deepak je boleh bawa telur, orang lain tak boleh bawa telur?"soalnya.
Dia juga mendakwa telur kategori D yang lebih mahal itu diberi pengecualian oleh kerajaan daripada menjalani saringan keselamatan makanan.
“Saya dapat maklumat daripada kementerian, Deepak diberikan, difahamkan mendapat bekalan kontrak telur ni pada harga 32 sen, tapi kategori D.
"Kita tanya apakah ada saringan keselamatan di Jabatan veterinar?
"kita tahu setiap produk makanan nak masuk ke negara mesti ada lima saringan. Tapi saringan-saringan ni difahamkan dikecualikan
"Siapa yang nak semak tentang keselamatan telur dari India? Siapa nak semak kualiti telur dari India?" soalnya.
‘Special case’
Pada 28 Feb lepas, Mohamad Sabu dilapor berkata hanya sebuah syarikat diberi kebenaran mengimport telur dari India.
Langkah itu diambil bagi menangani isu kekurangan bekalan telur di pasaran tempatan.
Pada 8 Mac lalu, Mohamad ketika menjawab soalan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengakui syarikat pengimport telur dari India itu tidak dilantik melalui tender terbuka.
"Tidak.
“Dia kena bagi khusus satu kerana kita buat ini dalam keadaan nak menampung (bekalan telur) sementara.
“Maka dibuat kepada “special case”, dan lepas ini kalau keadaan pengurusan telur ini pulih, kita akan kurangkan atau stop import,” kata Mohamad.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi pejabat Deepak dan Mohamad Sabu untuk mendapatkan respons mereka terhadap dakwaan Azmin.
No comments
Post a Comment