NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kanser payudara, paru-paru pembunuh senyap tertinggi

Pengarah Institut Kanser Negara, Dr Mohd Anis Haron@Harun.




PUTRAJAYA – Kanser masih lagi antara penyakit yang terus menghantui rakyat di negara ini apabila bilangannya terus meningkat saban terutamanya kanser payudara dan paru-paru. 

Mengikut statistik terkini, kanser paru-paru menunjukkan trend peningkatan berbanding kanser payudara pada tahun 2022.

Difahamkan, di Malaysia, penyakit kanser secara amnya merupakan punca kematian terbesar dengan hampir atau lebih 48,000 kes setiap tahun. 

Pengarah Institut Kanser Negara (IKN), Dr Mohd Anis Haron@Harun berkata, kanser  digeruni dalam kalangan wanita adalah kanser payudara malah hampir saban tahun ia berada pada ranking tertinggi. 

Namun, katanya, pada tahun lalu, kanser paru-paru telah mencatatkan peningkatan mendadak dengan rata-ratanya berumur 40 tahun ke atas. 

“Ada juga yang berumur belasan tahun. Kanser ini kita tidak boleh fikir untuk yang berumur sahaja, ada yang akan menyerang pada umur muda juga.

“Kita di IKN akan sentiasa membuat pelbagai jenis program serta penggunaan media sosial yang berbentuk pencegahan dan pemahaman berkaitan  kanser pada setiap masa. Kita beri penekanan kepada faktor-faktor kanser, pencegahan awal dan sebagainya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini selepas perasmian World Cancer Day Run 2023’ di IKN di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mohd Anis juga memaklumkan kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM80 juta untuk tempoh setengah tahun bagi tujuan merawat dan mencegah kanser. 

Kata beliau, dana itu juga tidak mencukupi apatah lagi ubat-ubatan bagi merawat kanser agak mahal dan kosnya tinggi. 

“Tetapi kita masih boleh mohon dengan kerajaan apabila adanya keperluan. Ramai juga tampil membantu kita di IKN bagi terus membantu pesakit-pesakit kanser ini,” ujarnya.

Nasihat beliau, yang paling utama, adalah mencegah penyakit yang menjadi pembunuh senyap itu dengan mengamalkan gaya hidup sihat tidak kira penjagaan makanan, aktiviti fizikal seperti senaman dan sebagainya.

“Banyak yang kita boleh hindari dengan pencegahan awal iaitu membuat pemeriksaan kesihatan segala berkala. Kita cegah dengan perubahan gaya hidup, pemeriksaan biasa dan pengesanan dan rawatan awal,” ujarnya. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo