Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan pasport secara kekal. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac, 2023. |
TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan pasport antarabangsa dan diplomatik diperoleh beliau secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.
“Ini membolehkan untuk saya melaksanakan tugas-tugas rasmi saya khususnya melibatkan lawatan rasmi dan juga menghadiri mesyuarat atau persidangan di peringkat antarabangsa.
“Dan tentunya ini memberikan makna yang cukup baik untuk saya dan saya menghargai keputusan mahkamah khususnya kepada ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan daripada peguam-peguam saya untuk Yang Arif memberi keputusan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulai, Serkam di Jasin, hari ini.
Hari ini, Ahmad Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa permohonan itu mempunyai merit. – Bernama, 27 Mac, 2023.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment