KUALA LUMPUR: Hassan Saad (PN-Baling) meminta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan sama ada pihak kementerian bercadang untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram.
Menurutnya, ini bagi membantu penoreh yang pendapatan mereka terjejas akibat kejatuhan harga getah ketika ini.
Hassan ketika mengemukakan soalan tambahan berkata, kenaikan harga lantai getah hanya 20 sen pada pembentangan Belanjawan 2023, Jumaat lepas.
“Kalau harga getah hanya dinaikkan 20 sen, jika dibahagi dua dengan tauke getah penoreh akan dapat RM1.35 sen.
“Jadi purata sebulan, mereka akan dapat RM162 sahaja. Apa yang penoreh boleh buat dengan jumlah pendapatan sebegini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Jika sebelum ini, Hassan membangkitkan soal guru duka lara, tetapi pada minggu ini beliau menyuarakan perihal penoreh pula duka lara.
“Jadi, apakah kerajaan bercadang untuk menimbang semula harga lantai getah kepada RM3 atau lebih tambahan lagi, situasi terkini mereka berhadapan dengan harga barang yang mahal,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 28/2/2023
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment