JAKARTA, 11 Mac (Bernama) -- Gunung Merapi di Indonesia dekat Yogyakarta di pulau Jawa, meletus hari ini yang memuntahkan asap panas sehingga 1,500 meter.
Gunung berapi itu meletus pada pukul 12.12 tengah hari waktu tempatan mengalirkan larva ke kawasan tidak berpenghuni.
Dalam satu kenyataan, agensi gunung berapi negara, BPPTKG berkata penduduk yang tinggal di radius tujuh kilometer dari kawah tidak dibenarkan berada dekat dengan kawasan itu.
Agensi itu telah meletakkan Merapi di bawah status berjaga-jaga Tahap III sejak November 2020.
Kali terakhir gunung berapi itu meletus pada tahun 2010 yang menyaksikan lebih 350 orang terkorban.
Sementara itu, Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) melaporkan hujan abu melanda lapan kampung di daerah Bayolali dan Magelang di Jawa Tengah.
BNPB telah melaksanakan langkah tindak balas kecemasan dan mengadakan penyelarasan dengan pihak berkuasa tempatan untuk berdepan sebarang kemungkinan.
-- BERNAMA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment