NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukti datang juga akhirnya

INI adalah tanda-tanda kebenaran kenyataan Presiden PAS beberapa hari lalu. Tidak perlu lama, akan ada watak dari pihak sana yang akan muncul membenarkan perkataan ulamak.

Paling ditunggu, belum ada surat saman bagi mereka menafikan tuduhan itu di mahkamah, sebagaimana yang biasa mereka lakukan jika dikata oleh musuh.

Mereka tidak boleh lama menyamar. Bila kita dedahkan, mereka akan menafikan sambil mula menunjukkan kononnya bukti-bukti salahnya perkataan kita yang kita tahu ia hanya bersifat sementara.

Akan tetapi, beruk tidak selamanya boleh berada di tanah. Mereka mungkin turun agak lama kerana terpaksa tinggal di kandang oleh tuannya, sehingga kita melihat bagaikan benar, mereka tidak lagi suka memanjat. 

Namun bila mana melihat mereka kepada pokok, akan bergayutanlah mereka semula kegembiraan. Tidak lama mereka boleh bertahan di tanah, kerana semula jadinya mereka ialah memanjat dan bergayut.

Begitulah kepada yang sentiasa cuba menipu orang lain. Apabila kita mendedahkan penipuan mereka, mereka mula menjauhi kegiatan penipuan mereka, untuk mengaburi mata orang.

Tetapi berapa lama boleh bertahan jika sememangnya sudah menjadi darah daging mereka menipu? Tidak lama, mereka akan mencari pula jalan lain untuk melaksanakan penipuan lain.
Sanggup memperlekehkan Kaabah, kiblat umat Islam yang dimuliakan dan digelar ‘rumah’ oleh Allah semata-mata mahu menang bertegang urat menyatakan kemuliaan bos mereka walau jelas Perdana Menteri ke-10 (PMX) paling kurang, waktu ini, masih belum diterima Allah untuk masuk ke dalam Kaabah. Ini adalah kenyataan.

Dan tanpa ada maruah, mereka yang mengaku pernah berjuang untuk keadilan sistem kehakiman di Malaysia, meninggalkan prinsip yang mereka perjuangkan 24 tahun, tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Di mana-mana di dunia inilah asas pengadilan, tetapi hancur lebur diinjak mereka.
Baru dengar berita buruk mengenai seseorang, sudah dijatuhkan hukuman kalau bukan orang dia. Walaupun sudah dua kali dijatuhkan hukuman, jangan kata kita sebut dia betul-betul bersalah sebab hakim sudah menjatuhkan hukuman, dipanggil bekas banduan pun dia marah menggila.

Ucapkanlah alhamdulillah dengan bukti yang mereka sendiri berikan dan ucapkanlah nauzubillah dengan mana-mana amalan mereka yang bercanggah dengan Islam itu.

MOHD NASIR ABDULLAH
30 Mac 2023

( Hide )
  1. Koyak. Tak ada unsur hina Kaabah pun. Tapi yang terhina adalah Mahiaddin.



    Malah lebih menghina Kaabah kalau orang yang terkait dengan beberapa pertuduhan seleweng disucikan dengan perbuatan memasuki Kaabah.



    Paling menghina, bukan setakat Kaabah, bahkan kesucian Islam keluruhannya, adalah dengan menunggang agama demi meraih laba politik. Guane boh?

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo