SIBU, 27 Mac (Bernama) -- Seramai 77 orang daripada 31 keluarga dari rumah panjang di Kanowit dekat sini yang terjejas banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun pagi ini.
Jumlah itu telah menurun daripada 91 orang semasa pusat itu dibuka pada 1.30 tengah hari semalam.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, mereka yang terjejas terdiri daripada penduduk Rumah Nyalong Indet dan Rumah Suzusie Lily Jenau di Nanga Baloh serta Rumah Langong di Nanga Bat yang ketiga-tiganya terletak di tepian Sungai Ngemah.
Banjir tersebut dikatakan berlaku semalam apabila hujan turun tanpa henti sejak awal Sabtu lepas di kawasan Ulu Ngemah.
Pada masa ini trend air adalah menurun.
-- BERNAMA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment