NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amalkan diet kelapa selama 28 tahun ubati GERD

NEW DELHI: Seorang lelaki India dari Kasaragod mendakwa hanya menjamah isi dan air kelapa sahaja sejak 28 tahun lalu untuk merawat penyakit gastroesophageal reflux (GERD) yang dialaminya.

Walaupun kedengaran agak mustahil, tetapi Balakrishnan Palayi dari Chandera di Kasaragod berkata, dia merasa lebih sihat dan cergas selepas mengamalkan diet ketat itu selama hampir tiga dekad.

Palayi disahkan menghidap GERD yang agak serius ketika berusia 35 tahun menyebabkan dia akan muntah setiap kali selepas makan sehingga menjadi lemah dan sukar bergerak. 

Lelaki itu mulanya memakan isi dan air buah kelapa sebagai rawatan ketika merasa sakit dan menyedari perubahan yang positif pada dirinya selepas mengambil buah itu.

Tidak lama kemudian Palayi memutuskan untuk menjadikan buah itu sebagai hidangan harian utamanya tanpa menyentuh makanan lain lagi.

“Kelapa mempunyai mineral, seperti kalsium, magnesium, natrium, dan kalium. Ini membantunya mendapatkan semula kekuatannya dan kini dia cergas dan sihat. 

“Kini, Palayi mengamalkan diet kelapa sahaja selama bertahun- tahun,” kata Vlogger dan pempengaruh, Shenaz semasa wawancara dengan Palayi.

Pada usia 64 tahun, Palayi yang pernah menjadi pemain bola sepak kelab tempatan kini jauh lebih sihat daripada kebanyakan rakan seusianya.

Dia bekerja di ladang kelapa keluarganya, berenang dan bersenam setiap hari malah tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius walaupun mengamalkan diet luar biasa itu.-AGENSI


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo