Mauni, menceritakan kisah ketika dia mula mengenal suaminya menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @lombokdokumen.
Pasangan itu mula berkenalan melalui aplikasi Muslimah.com sejak Disember 2022 dan kemudiannya bertukar nombor untuk berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
Setelah lama berkenalan, lelaki bernama Jawad itu meluahkan perasaannya kepada Mauni menerusi WhatsApp. Ketika melihat Mauni, Jawad mendakwa dia seperti melihat satu cahaya dan ingin terus bersamanya.
Setelah isi hatinya ditolak, Jawad membuat panggilan video untuk menjelaskan alasan dia menyukai Mauni.
Menurut Mauni, selepas mengetahui isi hati Jawad, dia melakukan solat istikarah sebanyak tujuh kali untuk mendapatkan petunjuk.
Dia kemudian bersetuju berkahwin dengan Jawad dalam satu majlis sederhana di Lombok. – Agensi
No comments
Post a Comment