Dua pelan baharu telah mula ditawarkan bermula hari ini, iaitu Uni5G Postpaid 39 pada harga RM39 sebulan, dan Uni5G Postpaid 65 pada harga RM55 sebulan (untuk tempoh promosi sebelum kembali ke RM65 sebulan.
Dibawah kedua-dua pelan ini, ia mengintegrasikan penggunaan data 4G dan juga 5G. Kedua-duanya juga turut menawarkan data hotspot sebanyak 10GB, serta panggilan suara tanpa had.Membezakannya adalah penawaran data, dimana pelan RM39 menawarkan data sebanyak 30GB, sementara pelan Uni5G Postpaid 65 menawarkan data sebanyak 60GB sebulan.
Sebarang data tambahan ditawarkan pada harga RM15 untuk 5GB, atau RM50 untuk 20GB. Data hotspot tambahan pula ditawarkan pada harga RM30 untuk 10GB.
Bagi anda yang menggunakan pelan Unifi Mobile, apakah pendapat anda berkenaan penawaran baharu pelan pascabayar Unifi Mobile ini?
-Amanz

No comments
Post a Comment