NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO bakal hilang penyokong lantaran pemecatan KJ dakwa Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan memecat dan menggantung pemimpin muda seperti Khairy Jamaluddin serta Shahril Hamdan akan memburukkan lagi keadaan dalam Umno.



PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Umno yang dilihat menafikan perbezaan pendapat diutarakan pemimpin muda hanya merugikan parti itu.

Naib presiden Umno itu menyifatkan pemecatan bekas ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dan penggantungan bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan seperti menghapuskan “magnet” yang menarik sokongan orang muda.

Menurutnya, Shahril yang mahu ditonjolkan sebagai ketua Pemuda Umno pada pemilihan akan datang berani bersuara seperti Khairy dan beliau mungkin disukai orang muda.

“KJ (Khairy), Shahril dan beberapa (pemimpin) lain merupakan magnet, bila mereka dipecat dan digantung…jadi apa harapan lagi orang muda ada?”

“Apabila tokoh muda ini dipecat dan digantung, ia lebih memburukkan keadaan,” kata bekas perdana menteri itu dalam wawancara bersama Sinar Harian.

Pada 28 Jan lalu, Umno memecat Khairy kerana melanggar disiplin parti mengikut perlembagaan Umno akibat kesalahan sewaktu PRU15. Turut dipecat bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar.

Shahril pula digantung keahliannya selama enam tahun bersama bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein, bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang.

Ismail turut berkongsi pengalamannya ketika menjadi exco Pemuda Umno dengan mengemukakan bantahan kepada Presiden ketika itu, Dr Mahathir Mohamad berhubung pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

“Tetapi, sekarang kita tidak nampak ramai yang bercakap.”

Ahli Parlimen Bera itu berharap Naib Ketua Pemuda Umno Melaka, Dr Akmal Saleh yang dikatakan akan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti, berani menyuarakan kelemahan parti.

“Sekiranya kepimpinan membuat kesilapan atau bertentangan perlembagaan parti, mereka harus bersuara.”


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo