UMNO AKAN GADAI TANAH ATAU GADAI MARUAH?
Apakah pendirian yang akan diambil oleh UMNO terhadap isu pencerobohan tanah di Pahang apabila DAP semakin lantang menunjukkan sokongan kepada peneroka tanah haram itu?
Khamis lalu, lebih 500 penceroboh tanah yang melaksanakan tanaman Durian Musang King secara haram telah berhimpun bersama Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan ADUN Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Peningkatan jumlah penceroboh yang besar dengan sokongan wakil rakyat daripada parti yang berada dalam kerajaan negeri ini adalah amat membimbangkan.
Ahli Parlimen DAP itu juga secara terbuka telah meminta kerajaan Pahang bertimbang rasa terhadap nasib pekebun durian Musang King di Raub. Hebat sungguh DAP, penceroboh pun boleh berunding dan keras kepala.
Sedangkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebelum ini telah menasihatkan pekebun durian Musang King di Raub supaya menimbang semula permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan.
Beliau turut menegaskan bahawa tanah-tanah yang dipertikaikan adalah dengan jelas merupakan tanah milik kerajaan negeri.
Bahkan pada 3 Julai 2021, kawasan penanaman durian Musang King di Batu Talam seluas kira-kira 101 hektar melibatkan kira-kira 15,000 pokok telah ditebang kerana ditanam di kawasan hutan simpan kekal.
Ironinya tindakan tegas kerajaan negeri dan pihak berkuasa negeri itu kini ditentang oleh DAP secara jelas sedangkan UMNO dan DAP sama-sama berada di dalam kerajaan campuran.
Pertembungan antara dua parti ini memang sudah dijangka.
Bukankah ini yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden UMNO tentang “DAP tidak bermuka-muka” dan “Kita memang kenal pendirian mereka”?
Mungkinkah kehendak DAP lebih utama daripada tanah negeri Pahang dan maruah UMNO Pahang?
Semestinya, besar harapan kita agar UMNO terus berpegang dengan pendirian mereka sebelum ini. UMNO perlu membuktikan bahawa kuasa politik orang Melayu tidak hilang ditelan DAP. Jangan dicabul kedaulatan negeri dan hak rakyat hanya kerana ‘cintakan’ DAP.
Pemimpin dan penduduk yang telah dinafikan hak perlu bersatu melawan pencerobohan ini. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai.
USTAZ AIRE ROSLAN
Ketua Pemuda PAS Pahang
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment