KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram, membabitkan penipuan pelaburan.
Difahamkan lelaki itu melakukan kegiatan berkenaan setelah mendapat ganjaran mewah daripada seorang lelaki bergelar Datuk Seri, sejak tahun 2016 hingga 2017.
Suspek yang berusia 45 tahun dipercayai menerima ganjaran yang mencecah lebih RM100,000 sebagai bayaran membawa wang dari luar negara hasil penipuan pelaburan itu.
Sumber SPRM berkata, kegiatan itu dikatakan dilakukan menerusi beberapa agensi pengurup wang.
"Wang yang dibawa menerusi pengurup wang berkenaan kemudiannya disuntik ke dalam akaun sebuah syarikat milik individu berprofil tinggi berpangkat Datuk Seri itu," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan suspek pada jam 4.45 petang semalam ketika dia hadir ke Ibu Pejabat SPRM.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Dalam perkembangan itu, suspek kini direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 13 Februari, selepas Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin, membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Sumber | BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment