Aktivis dan orang ramai melaungkan slogan serta membawa sepanduk di Lahore membantah terhadap serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid dalam ibu pejabat polis di Peshawar, Pakistan. - Foto AFP |
PESHAWAR: Beberapa suspek dipercayai ada kaitan dengan kes pengebom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid di Pakistan ditahan polis semalam,
Polis kini sedang menyiasat kemungkinan pengebom itu mempunyai bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.
Tragedi di Peshawar itu adalah pengeboman paling meragut paling banyak nyawa dalam tempoh sedekad ini, berlaku di sebuah bandar bergolak di barat laut berhampiran sempadan Afghanistan.
Pengeboman itu berlaku Isnin lalu ketika ratusan jemaah berkumpul untuk solat zuhur di sebuah masjid yang dibina untuk anggota polis dan keluarga mereka yang tinggal di kawasan bertembok tinggi.
"Kami sudah menemui beberapa petunjuk yang sangat baik dan berdasarkan petunjuk itu, pasukan kami membuat beberapa tangkapan besar.
"Kami tidak boleh menolak dakwaan ada bantuan dalaman tetapi memandangkan siasatan masih dijalankan, saya tidak akan berkongsi butiran lanjut," kata Ketua Polis Peshawar, Ijaz Khan kepada Reuters.
Penyiasat termasuk pegawai anti keganasan dan risikan, menumpukan siasatan bagaimana penyerang berjaya melepasi pusat pemeriksaan tentera dan polis bagi memasuki ke daerah Police Lines.
Ia adalah sebuah kem keselamatan era kolonial serba lengkap di pusat bandar yang juga rumah kepada anggota polis berpangkat rendah dan pertengahan serta keluarga mereka.
Menteri Pertahanan, Khawaja Asif, berkata pengebom itu berada di saf pertama dalam surau ketika dia meledakkan bom.
Sementara itu, Ketua Polis wilayah Moazzam, Jah Ansari, maklumkan mayat penyerang sudah ditemui.
"Kami percaya penyerang bukan daripada mana-mana kumpulan tertentu," katanya.
Kumpulan militan paling aktif di kawasan itu, Taliban Pakistan, yang juga dipanggil Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), menafikan pihaknya bertanggungjawab atas serangan itu, yang mana setakat ini tiada kumpulan mengaku melakukannya.
Menteri Dalam Negeri, Rana Sanaullah, memberitahu Parlimen, puak pemisah TTP perlu dipertanggungjawabkan.
Letupan itu merobohkan tingkat atas masjid dan adalah serangan meragut paling banyak nyawa di Peshawar sejak pengeboman bunuh diri di Gereja All Saints pada September 2013, yang kekal sebagai serangan paling maut ke atas minoriti Kristian di negara itu.
Peshawar terletak di pinggir tanah suku Pashtun, wilayah yang dilanda keganasan sejak dua dekad lalu.
TTP ialah sebuah kumpulan yang memayungi bagi puak-puak Islam Sunni dan berpuak-puak menentang kerajaan di Islamabad, yang baru-baru ini meningkatkan serangan terhadap polis. - REUTERS
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment