NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu kini berusia 40 tahun

PETALING JAYA – Bagi generasi 1980-an dan 1990-an, sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu merupakan sebuah rancangan televisyen yang pasti ditonton.

Bermula dari sebuah skrip teater berjudul N(T) kemudian ke pentas dengan judul SYYY.. pada tahun 1983 dan disiarkan di TV1 dengan tajuk yang sama.

Sitkom yang memasuki usia 40 tahun itu kemudian ke TV3 menerusi slot Cerekarama dengan judul Kampung Seri Wangi dan akhirnya ke Siri TV popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Salah seorang pendukung watak pemuda dari Pulau Pinang, Budin yang dilakonkan oleh Imuda melalui Facebooknya turut berkongsikan kenangan kali pertama bertemu seorang lagi pelakon sitkom tersebut, Allahyarham Ahmad Busu.

“Disatu hari di bulan Ogos 1983, aku tunggu seseorang yang aku kenal melalui drama tv saja. Tiba-tiba aku lihat seorang jejaka berbadan besar berjeket hijau datang ke arah aku di depan pintu masuk Panggung Drama DBKL.

“Encik ni Ahmad Busu kan? ” aku tegur “Hang sapa ? ” dia jawab . “Saya Rahim (Imuda) kawan Mior suruh tunggu Encik Ahmad untuk skrip reading (baca skrip).

“Itulah kali pertama aku jumpa Mat kawan akrab aku. semoga Mat tenang di Sana. Al-Fatihah,” tulisnya.

Selain Imuda dan Ahmad Busu, pelakon lain yang turut terlibat dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu adalah; Sabri Yunus, Shathia, Angeline Tan, Wan Maimunah, Khatijah Tan, Zami Ismail, Ahmad Abdullah serta ramai lagi. – KOSMO! ONLINE.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo