NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saifuddin terus dikritik, hina anak muda

“Mana hat pelajaran tak berapa tinggi.. Pendapatan tak berapa tetap hat tu.. Hat naik motor sana sini bagi (undi) kat Perikatan (Nasional)." - Saifuddin Nasution, 25/2/2023.

Tular satu kenyataan YB Saifuddin Nasution seolah-olah menghina dan memperlekeh penunggang motorsikal dan pengundi muda yang memilih Perikatan Nasional pada PRU-15 lepas.

Sepertinya menteri seorang ini masih lagi tidak dapat menerima realiti gelombang PN yang membuatkan beliau kalah dan terduduk di Kulim Bandar Baharu.

Untuk pengetahuan YB Senator Saifudin Nasution, tidak semua yang meminati aktiviti permotoran ini berpelajaran rendah, tiada pendapatan tetap dan bergaji rendah. Bahkan sebahagian besar peminat aktiviti permotoran yang menyokong PN semua memiliki kerjaya yang cemerlang.

Mereka semua mempunyai kerjaya yang tetap, pendapatan tinggi dan latarbelakang yang pelbagai.

Dalam PAS sendiri ada satu kelab permotoran yang dinamakan Alternative Riding Club (ARC). Mereka mempunyai motorsikal berkuasa tinggi hinggalah motorsikal jenis 'Kapcai". BMW, Aprilia, Ducati, Honda, Yamaha, Suzuki, YB sebut sahaja jenama motorsikal semua ada. 

Jurutera, pensyarah, doktor perubatan, usahawan, guru dan sebagainya semua ada dalam kalangan ahli ARC.

Justeru, sangkaan dan dakwaan dangkal yang dibuat oleh YB Saifudin Nasution adalah tidak lebih hanya bersifat pesimis semata terhadap peminat aktiviti permotoran dan anak muda. 

Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor


( Hide )
  1. "Pernah terbaca yg negara-negara di afrika sana mengamalkan pemerentahan bemodelkan konsep yg di istilahkan sebagai samada Kleptocracy, Nepotism, Kakistrocracy, Cronyism dan sebagainya...
    alahai lah nampaknya di Malaysia nih sekurang²nya yang ke empat² jenis model tu telah digabungkan menjadi satu dengan label pemasaran ianya dinamakan sebagai "madani" ...."

    Like Reply

    .......
    Aku copy & paste dari satu comment yg aku terjumpa.
    Apa pendapat engkorang, ada ke betul keluhan dia tu?
    Bertanya dengan ikhlas nih.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo