NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Kelantan mungkin selepas DUN terbubar secara automatik

story-image
PAS Kelantan memberi bayangan pilihan raya negeri (PRN) bagi negeri itu mungkin diadakan selepas dewan undangan negeri (DUN) terbubar secara automatik apabila tempoh penggalnya berakhir.

Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Abdullah berkata ia berdasarkan situasi semasa berbanding perancangan awal untuk mengadakan PRN pada Mac.

Mohd Amar Abdullah

"Pada awal perbincangan kita tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu merancang PRN dilakukan pada Mac.

"Namun disebabkan beberapa perkara dan isu berbangkit ia ditangguh memandangkan Ramadan sudah dekat selain peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Jadi secara peribadi saya berpendapat lebik baik tunggu sehingga DUN Kelantan habis tempoh iaitu 26 Jun. Ia dikira DUN Kelantan terbubar secara automatik," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut naib presiden PAS itu berkata, setakat ini perbincangan berhubung PRN hanya dilakukan antara tiga negeri pentadbiran PAS dan tidak membabitkan negeri Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya,  sebelum ini Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bertemu dengan rakan sejawatanya Ahmad Yakob dan mencadangkan supaya Kelantan bubar DUN pada Jun.

"Namun menteri besar Kelantan tidak memberi sebarang maklum balas," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai pembahagian kerusi antara PAS dan Bersatu bagi PRN Kelantan jelasnya, setakat ini hanya perbincangan awal dilakukan.

"Setakat ini kita belum ada senarai calon memandangkan masih awal. Berdasarkan perbincangan awal kita mungkin menggunakan pendekatan sama seperti PRU15.

"Formula PRU15 adalah kerusi dimenangi PAS dikekalkan kepada calon PAS, manakala kerusi yang dimenangi Umno diberi kepada Bersatu. Namun belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu," kata Mohd Amar.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo