Gambar sekadar hiasan
Bilamana mereka memberikan undi, mereka pastikan yang mereka akan dapat apa yang mereka telah dijanjikan. Calon mereka juga turut akan memastikan apa yang dijanjikan, ditunaikan, samada secara jelas ataupun diam-diam, lambat mahupun cepat.
Inilah kecerdikan bangsa mereka mengundi, mereka menjaga kepentingan sesama mereka. Puashati undi yang mereka berikan, kerana hasrat dan cita-cita mereka, tercapai. Mereka tidak pernah berpecah, sentiasa bergandingan dalam mencapai tujuan mereka. Mendengar kata pimpinan mereka. Jika tidak, masakan lebih 90 peratus undi mereka diberikan kepada PH, dua penggal berturut-turut.
Adapun pengundi Melayu PH adalah yang paling dungu. Konon mahu menghumban Umno yang korup dan kurap itu, kata mereka. Sebaliknya terpaksa diterima, dipeluk dengan wajah yang menjengkelkan. Bersorak gembira mereka kerana menang. Menang atas siapa? Umno dan BN kah? Malah mereka bersama menjadi kerajaan sekarang. Kelat wajah mereka menguntum senyuman, melihat jawatan Timbalan Mamak Bendahara disandang musuhnya.
Manakala pengundi Umno BN, yang majoritinya Melayu, adalah pengundi paling malang kerana sedaya upaya mengelak dari Anwar dan DAP yang Cina itu kerana percayakan sumpah ketua mereka. Tetapi akhirnya pimpinan mereka secara paksa, mengarahkan pengundi Umno BN menerima PH yang dikuasai DAP dengan kerusi terbanyak. Hidup-hidup mereka ditipu.
Bak kata pepatah, pahit-pahit buah kepayang, ditelan pahit, dibuang sayang. Kini mereka mahu bercakap pasal agama, nanti dianggap ekstrimis agama yang dibenci DAP. Mahu bercakap soal intergriti, Speaker Parlimen dan PM sendiri melantik anak mereka ke dalam kerajaan sedang sebelum itu, mereka yang mencanangkan ia tidak akan berlaku.
Umno BN mahu memperjuangkan menolak rasuah dalam kerajaan? Tiada rasa malukah? Presiden mereka sendiri yang terpalit. Mahu apa lagi? Ekonomi dipegang orang lain. Barang sekejap ada, sekejap hilang dari pasaran. Takutnya miskin, hilang dunia dan tiada kemajuan, akhirnya terpaksa menjadi hamba kepada bangsa lain yang memegang kuasa, ekonomi dan lain-lain. Hinanya ketakutan sebegitu, selalu diugut orang.
Akhirnya mereka cuba bercakap mengenai isu rasuah dan sedekah yang mana sehingga kini, atas isu itu, tiada seorangpun pegawai penguatkuasa badan berkaitan datang menyiasat individu yang dituduh itu. Dan mereka lupa yang mereka juga memberikan sedekah pada waktu itu. Begitulah herot pemikiran mereka.
Sangat jauh kecerdikan pengundi bangsa lain dalam PH yang dapat apa yang mereka mahukan. Mereka mungkin sudah jadi jutawan dengan hasil jualan, atas tanah yang diceroboh sebelum ini. Kemudian diajak pula berbincang oleh kerajaan. Lupakah kamu wahai pengundi yang naif? Dahulu, geran tanah hanyalah dijadikan umpan kepada rakyat sewaktu PRU dahulu. Habis PRU, menunggu lagi lima tahun. Tetapi mereka, lebih beruntung dari bangsa Melayu yang kalau silap haribulan, akan dihambat keluar kerana menceroboh tanah haram.
Bertuahnya kaum lain, bumi orang yang dipijak milik mereka....
Mohd Nasir Abdullah
4 Februari 2023
Mungkin kah penceroboh tanah haram ini antara pelancong asing dari china yg masuk tak keluar2..Yg bodoh adakah pihak yg menceroboh, yg terang2 melakukan kesalahan, bkn nk dihukum tp diajak berunding, alahai betapa tololnya pemimpin melayu yg giler kuasa konon jadi menteri besar yg tak berkuasa penuh pun, ditekan sekutu dapigs yg akhirnya akn mengalah.. Jika melayu lakukan begitu pasti didenda dan dihumban dlm penjara sebagaimana terjadi pd bekas askar diperak yg ceroboh sekangkang kera bkn skala besar saperti pengundi dapigs...
ReplyDelete