NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelantikan jawatan anak MB Kelantan, timbalan ikut prosedur

KOTA BHARU - Jawatan yang disandang anak Menteri Besar Kelantan dan timbalan menteri besar negeri itu di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dibuat mengikut prosedur serta memenuhi peraturan yang ditetapkan.

Menurut sumber dalaman PKINK, hebahan kekosongan jawatan-jawatan itu dibuka melalui pengiklanan sebelum mereka membuat permohonan dan dipanggil menduduki temu duga.

“Mereka mengisi borang sebelum ditemu duga oleh panel-panel dan lulus, barulah dibuat pelantikan.

“Menteri besar dan timbalan menteri besar tidak terlibat langsung dengan proses ini bahkan bapa masing-masing tidak tahu-menahu sehinggalah kedua-duanya dipanggil untuk penilaian,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Individu itu berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu yang tular berkait Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang didakwa melantik anak sendiri iaitu Ahmad Mujahid Mohd Amar sebagai Penolong Pengurus Bahagian Perancangan Korporat di anak syarikat milik kerajaan negeri tersebut.

Turut terpalit kontroversi sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang didakwa melantik anak perempuannya, Nor Azma Hilmah Ahmad sebagai Penolong Pengurus Bahagian Perundangan dan Intergriti di perbadanan sama.

Ujar sumber itu lagi, mereka memperoleh markah yang bagus semasa temu duga sekali gus layak dilantik dan tidak timbul isu walaupun umum mengetahui status serta pertalian keluarga itu.

Sebelum itu, isu pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang perdebatan serta pelbagai reaksi ramai.

“Berbeza dengan isu Nurul Izzah kerana Anwar sendiri bercakap sebelum ini ‘tidak patut perdana menteri jadi menteri kewangan dan tidak boleh melantik keluarga’ tetapi tiba-tiba beliau yang buat perkara itu.

“Kena faham isu, kalau orang itu betul-betul layak dan mengikut proses yang betul, tidak ada apa-apa masalah kalau nak lantik,” kata sumber.

Sumber : sinar harian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo