NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas gesa henti intidimasi politik terhadap Tiktoker

PETALING JAYA: Pas mengulangi gesaan agar segelintir aparatus kerajaan menghentikan sebarang intimidasi politik terhadap pengguna aplikasi TikTok yang tidak berpihak kepada kerajaan. 

Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin berkata, parti itu mengecam keras tindakan itu kerana ia merupakan perbuatan yang tidak bermoral dan bercanggah dengan hak berpolitik serta kebebasan bersuara yang sering diagungkan oleh Perdana Menteri dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. 

“Disebabkan Tiktoker-Tiktoker ini dilihat berpengaruh dan lantang, mereka telah diasak dan ditakutkan oleh aparatus kerajaan. 

“Tidak sekadar itu, Tiktoker-Tiktoker ini dibuli dan diugut oleh penyokong-penyokong Pakatan Harapan.

“Ini adalah satu tindakan yang tidak bertamadun dan tiada adab serta memburukkan lunas demokrasi negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, Khairil Nizam menambah, Pas mendesak tindakan lebih profesional diambil sekiranya pengguna aplikasi TikTok didapati telah melanggar undang-undang. 

“Pas percaya ancaman ini dipengaruhi oleh segelintir ahli politik PH yang tidak senang dengan gelombang yang dicetuskan Perikatan Nasional (PN) sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

“Jangan baling batu sembunyi tangan dan menjadi dalang sebenar terhadap perkara ini.

“Malaysia Madani tiada tempat untuk ahli politik yang berfikiran sempit dan berjiwa kecil,” jelasnya. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo