NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nak jimat kos tiket penerbangan suami isteri sanggup tinggal bayi di lapangan terbang

TEL AVIV – Kakitangan di lapangan terbang Tel Aviv terkejut dengan tindakan sepasang suami isteri yang meninggalkan bayi mereka di kaunter daftar masuk selepas enggan membeli tiket penerbangan untuknya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pasangan itu dilaporkan cuba menaiki pesawat Ryanair dari Tel Aviv ke Brussels. Bagaimanapun, mereka tidak membeli tiket untuk bayi mereka.

Bayi lazimnya boleh menaiki bas dan kereta api secara percuma, tetapi penerbangan percuma hanya terpakai untuk mereka yang berusia dua hari hingga 14 hari.

Ketika kejadian, pasangan itu membawa bayi mereka di dalam kereta sorong dan menuju ke kaunter kawalan pasport. Ketika melalui garis kawalan sempadan, mereka meninggalkan bayi dan cuba menaiki pesawat.

Pasangan suami isteri yang memiliki pasport Belgium itu enggan membayar tiket apabila diminta kakitangan lapangan terbang.

Kakitangan lapangan terbang kemudian menghubungi polis dan mereka dibawa untuk disoal siasat.

Seorang pengurus Ryanair mendakwa semua orang yang melihat kejadian itu terkejut kerana bayi yang baru lahir itu ditinggalkan begitu sahaja.

“Kami tidak pernah melihat perkara seperti ini,” kata pengurus itu. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo