Satu persatu layar terhidang dgn restoran2 yg menyambut saranan kerajaan mula menyediakan menu rahmah serendah RM5. Makan tengah hari serendah itu tentu saja secara relatifnya murah untuk hari ini.
Namun aku lebih memilih untuk melihat pengenalan menu rahmah ini dari kacamata seorang aku. Adakah ini satu penyelesaian jangka panjang kepada kos bahan mentah yg melambung tinggi. Untuk rekod, kali pertama hari ni aku tgk harga sotong di pasar seksyen 6 shah alam mencecah RM58 sekilogram. Jangan cerita harga sayur. Kos untuk sumber vitamin dan mineral itu sydah hampir menyamai kos untuk sumber2 protein.
Seronok sebenarnya tgk McD dan Burger King mula menyertai keghairahan ini. Namun apa yg cuba kerajaan hari ini hendak sampaikan? Adakah cuba membuktikan kpd rakyat bahawa semua pengusaha makanan mampu menjual dgn harga sedemikian? Jgn la begitu tuan yg bijak pandai. Hal ini secara tidak lsg menekan peniaga2 kecil. Mereka ini bukanlah membeli secara pukal seperti kuasa besar rangkaian restoran. Mereka ini tidak mempunyai economies of scale dlm pengurusan kos bahan bahan mentah. Apa yg dibeli hari ini hanya utk jualan esok.
Adakah kita nak lihat rakyat menyahut seruan sang bijak pandai rafizi ramli yg nak pengusaha restoran yg menjual dgn harga mahal ini diboikot? Apa pula selepas itu? Hanya yg mampu menawarkan menu rahmah saja yg mampu bertahan? Apa pula kesan jangka panjang? Ini secara tidak lsg membuat jurang yg besar kpd pengusaha baru yang cuba masuk dlm industri ini. The barrier to entry seperti ini akan memberikan kesan yg amat buruk dlm jangkamasa panjang.
Apa yg sebenarnya rakyat ingin lihat ialah bagaimana kerajaan menguruskan kenaikan harga bahan mentah. Memang lunak berlagu semasa menjadi pembangkang, hari ini rakyat mula menuntut. Andai ini tidak berlaku maka apa dikompang dan digendang sebelum pilihanraya hanyalah alunan lagu2 dusta.
Rakyat bukan terlalu mendesak. Kita faham kerajaan perlukan masa. Tapi cadangan2 yg bersifat populis ini harus dinilai semula. Rakyat bukan mengundi dlm rancangan realiti tv yg memerlukan sentuhan emosi dan drama. Secara jelas, menu rahmah bukanlah solusi tapi sekadar tagihan populariti
Hamba Allah
Anak Jati
Tanah Rata Butut
Wilayah Kobe
No comments
Post a Comment