NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menu Rahmah ke Menu Rosmah bhai...

Menu Rahmah ke Menu Rosmah bhai...

Setakat menu di restoran murah tapi harga telur, ayam dan minyak masak masih mahal jadah apa...

Telur gred A,B,C dan D masih tak cukup, asyik habis cepat je di kedai runcit...

Tapi telur gred AA dan Omega banyak je, tak pernah habis stok pulak...

Walhal telur tu keluar dari bontot ayam yang sama je...

Bila masa pulak penternak bela ayam ikut saiz, jadi kalau telur gred AA sentiasa cukup...

Sepatutnya telur gred lain pun ada, tapi di sebabkan kerajaan kawal harga telur gred A,B,C dan D maka tiba-tiba telur gred tersebut tak cukup...

Ismail Sabri ada juga "telur" panggil taikun ayam dan henti ekspot ke luar negara, sehingga harga ayam jatuh ke paras RM6.80 per kilo... 

Anwar dah jadi PM, kenapa tak berani nak panggil taikun telur dan henti ekspot ke luar negara... 

Menu Rahmah tu berapa kerat sangat rakyat yang makan luar setiap hari bhai...

Kalau yang kerja pun, kadang bawak bekal sebab nak jimat, malah ada yang beli kuih je untuk lapik perut semasa rehat tengah hari...

Tapi masalah harga ayam yang dekat RM10 per kilo, telur gred AA RM16.50 dan minyak paket yang payah dapat...

Masih juga tak dapat di selesaikan oleh kerajaan yang dulunya menjadi juara mengkritik kerajaan PN...

Sudahnya, dia yang bolot Menteri Kewangan, dia yang lantik anak jadi pembantu, dia juga gagal selesaikan isu telur...

Itu belum lagi sentuh bab mansuh tol PLUS, turun harga minyak RON95, hapus hutang PTPTN, pendidikan percuma dan banyak lagi...

Yang paling gempak, dia yang kononnya dulu paling kuat lawan rasuah dari tahun 90-an dengan slogan keramat "Re-for-ma-si"... 

Sekali dapat jadi PM, dia pula yang lantik presiden parti paling rasuah dalam dunia iaitu UMNO jadi pembantu dia... 

Dia yang paling kuat lawan nepotisma Mahathir yang cuba jadikan anaknya Mukhriz jadi MB Kedah walau sekejap, kalau boleh nak jadikani PM... 

Sekali lagi, dia pula lantik anak perempuan yang kalah PRU 15 jadi pembantu di Kementerian Kewangan...

Pendek kata, lain yang di janji, lain pula yang di buat...

Yang rakyat tak minta, sibuk sangat nak buat, lepas tu canang ke pelusuk negara kononnya Malaysia Madani... 

Yang sebenarnya Malaysia "mak dan anak bini" 

Sumber : Telegram

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo