NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kuasa lantik penasihat

ACAP kali pesakit tanya berkaitan hukum agama mengenai sesuatu apabila mereka sakit. Contohnya pesakit kemalangan jalan raya yang berbalut kaki, bertanya bagaimana nak wuduk dan solat. Pesakit yang haid tak menentu serta berpanjangan, bagaimana urusan ibadah mereka sah atau tidak? 

Dan banyak lagi isu-isu perubatan yang berkait dengan hukum-hakam agama yang perlu dijawab satu persatu oleh doktor perubatan. Sebenarnya bukan kerja doktor pun untuk jawab, tapi isu perubatan dengan hukum-hakam ini, ianya terlalu rapat terutama sekali dalam komuniti Muslim. Mereka akan bertanya walaupun doktor bukan ustaz. Oleh itu doktor juga perlu tahu asas sesuatu hukum. Bagi penyelesaian yang kompleks sudah tentu, ustaz wajib dirujuk. 

Saya selalu fikir untuk lantik seseorang ustaz bagi menjawab masalah fekah berkait dengan perubatan semasa sesi klinik. Oleh kerana saya di klinik selalu sibuk dengan ramai pesakit dan doktor selalu tidak ada masa untuk menjawab semua persoalan. Lagipun kepelbagaian jenis pesakit itu perlu juga dirawat dalam tempoh yang cepat. Kalau terlalu lama doktor menerangkan kepada pesakit semasa sesi konsultasi, sudah tentu pesakit lain yang menunggu di luar merungut panjang. 

Kalau saya ada kuasa melantik siapa sahaja, saya akan lantik kawan-kawan ustaz saya supaya duduk tepi bilik doktor. Ada masalah hukum sahaja, terus kami rujuk kepada ustaz. Asalkan dia pandai dan layak sebagai penasihat agama. Lagi baik kalau dia sanggup untuk terima lantikan jalankan tugas secara percuma ataupun pro-bono. Saudara mara saya pun ramai ustaz, boleh lantik! 

Namun sistem perjawatan di klinik tidak sebegitu. Kita tak boleh lantik sembarangan orang, kecuali ada kelayakan dan mesti melalui prosedur permohonan kerja bagi mengisi perjawatan-perjawatan yang kosong. Bukannya ikut pakai kepala kita sahaja nak lantik siapa saja bagi menyenangkan kerja kita yang sudah pun terlalu sibuk itu. 

Hatta kalau nak lantik tukang bersih bilik air klinik sekali pun, memerlukan proses pelantikan yang ketat. Walaupun mungkin kerja-kerja pembersihan bilik air itu akan dibayar oleh pihak lain, ia tetap kena ikut prosedur perjawatan. Terdapat prosedur pentadbiran yang perlu dipatuhi. Sebab ia melibatkan integriti di dalam sebuah organisasi. 

Apabila seseorang itu telah masuk di dalam mana-mana perjawatan dalam sebuah organisasi, sudah tentu beliau mempunyai kuasa yang tertentu untuk melihat data-data peribadi ataupun membuat keputusan-keputusan yang sudah tentu memerlukan kebertanggungjawaban di atas apa sahaja keputusan yang dibuat oleh organisasi tersebut. Namun apakan daya, saya tiada kuasa itu.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sumber : https://harakahdaily.net/index.php/2023/01/31/kuasa-lantik-penasihat/
( Hide )
  1. Hang sape ?? Hang doktor klinik aje. Aku Menteri Perdana !!! (Entah kenapa aku rasa istilah ini yang paling tepat?)

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo