Amirudin Shari berkata kos RM787 juta bagi Stadium Shah Alam melibatkan proses membaik pulih atau menaik taraf keseluruhan fasiliti, bukannya pembinaan stadium baharu. (Gambar fail) |
“Saya ada pakar (dalam menentukan) perkiraannya, kalau kita lihat stadium sahaja, memang sekitar RM700 juta hingga RM800 juta, tetapi kalau lihat keseluruhan, kemungkinan lebih sebab kita akan ada taman, kawasan pelancongan, rekreasi, dan sebagainya serta kita juga akan bina hotel.
“Kalau kita banding stadium dengan stadium, saya yakin ia lebih RM700 juta dan tidak sampai angka RM1 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media bagi mengulas mengenai kenyataan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menyifatkan kos RM700 juta untuk pembinaan semula Stadium Shah Alam sebagai tidak logik.
Terdahulu, beliau melancarkan program Kita Ke Kampung #produkkampung4u di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.
Amirudin berkata, pihaknya juga akan mengumumkan tanah yang akan di tukar kerajaan negeri dengan syarikat pemaju, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).
“Rancangan awal, tukar tanah yang tidak digunakan di kawasan stadium, tetapi sekarang rancangan kita sudah sedikit berubah kerana kita akan bangunkan keseluruhan kawasan stadium. MRCB akan bangunkan kawasan ini dengan kos mereka dahulu sehingga siap, baru kita akan gantikan dengan kos setimpal,” katanya.
Sumber I BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment