NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama dengan HDB : Apa isunya?

KERJASAMA DENGAN HDB : APA ISUNYA?

Cadangan kerjasama dengan HDB Singapura telah menarik pelbagai komen sama ada dari pemimpin politik, NGO atau rakyat biasa.

Ramai yang menyatakan kebimbangan membawa masuk pakar-pakar asing ke dalam kementerian di Malaysia.

Ada juga yang menyatakan sokongan supaya kita belajar dari model yang dikatakan berjaya.

Mungkin saya yang paling layak untuk memberi pandangan kerana ketika berada di dalam kerajaan Selangor, kami mempunyai hubungan dan kerjasama dengan HDB.

Kami pernah mengadakan lawatan ke ibu pejabat mereka dan projek-projek mereka ( Sila lihat foto ). Saya juga pernah menghantar staf Pejabat Exco saya untuk menimba pengalaman di ibu pejabat HDB di Singapura.
Ketika saya di dalam board PKNS, projek Datum Jelatek di Keramat telah dibangunkan dengan kerjasama kepakaran Surbana International yang pada asalnya Building And Development Division HDB. Saya pernah mencadangkan PKNS patut mewujudkan "consultant arm" seperti Surbana.

Secara keseluruhannya, polisi perumahan republik itu memang berjaya tetapi terdapat banyak isu-isu yang timbul yang kita perlu berhati-hati.

Mungkin mereka yang memuji HDB hingga ke langit tidak mengetahui kewujudan masalah-masalah tersebut.

Di antaranya kebimbangan penduduk kemungkinan nilai kediaman mereka akan merudum apabila lease mereka hampir tamat, kegagalan masyarakat Melayu untuk membeli rumah di sesuatu pembangunan apabila kuota Melayu di bawah Ethnic Integration Programme ( EIP ) telah dipenuhi ( kuota ini di bawah 30 pertaus ) dan masalah perlu bekerja sampai mati kerana duit CPF ( KWSP ) telah dihabiskan untuk membeli rumah.

Saya memang mengikuti perbahasan Parlimen Singapura dan ucapan Ahli-Ahli Parlimen serta pemimpin-pemimpin politik mereka melalui YouTube. Justeru dapat melihat dari dua perspektif sama ada kerajaan PAP atau pembangkang melalui ucapan dan video pimpinan mereka seperti Pritam Singh ( WP ) dan Chiam See Tong ( SDP ).

Ketika di dalam kerajaan, pegawai-pegawai dari kedutaan Singapura sering bertemu dengan saya malah ada yang datang ke majlis CNY di DUN saya. Malah 2 hari lepas, ada yang mengajak saya minum teh ( ngeteh ). Saya pernah dijemput untuk menyampaikan ceramah di sebuah institusi ( ISEAS ) di republik itu tetapi saya decline. Saya pernah menyumbang essay untuk penerbitan institusi tersebut. Saya pernah membentangkan kertaskerja di seminar antarabangsa anjuran Marcus Evans di sana. Saya pernah mengadakan perbincangan dengan Menteri mereka. Justeru apabila saya memberi komen tentang Singapura, ia berdasarkan pengalaman

Saya rasa tidak memadai dengan ruang ini untuk menceritakan kejayaan dan kegagalan HDB kerana ia memerlukan write-up yang panjang dan terperinci.

Pada saya kerajaan perlu berhati-hati. Belajar boleh tetapi jangan meletakkan mereka di kementerian kita. Tubuhkan satu panel dengan mereka hanya sebagai penasihat. Keputusan akhir adalah di tangan kementerian.

Walaupun HDB memang berjaya untuk menyediakan perumahan untuk rakyat namun menurut pembankang ia secara tidak langsung satu "political instrument". Saya boleh bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana perumahan adalah satu "political instrument". Kata mereka, PAP dapat terus mengekalkan kuasa kerana polisi-polisi perumahan itu. Siapa yang dapat control perumahan akan control politik.

Pada awal tahun-tahun 60an terdapat kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu yang dimenangi oleh Perikatan ( Singapore Alliance ) tetapi dengan pembangunan semula kampung-kampung, demografi kawasan-kawasan tersebut telah berubah. Dengan EIP, tidak akan ada kawasan Parlimen majoriti Melayu/Islam di Singapura sehingga ke hari kiamat. Satu bukti bahawa perumahan adalah "political instrument".

3 Februari 2023

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo