Sekitar tahun 2013, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ada berkongsi formula bagaimana untuk menurunkan harga kenderaan yang kini dilihat semakin melonjak.
Beliau berkata harga sesebuah kereta boleh menjadi murah sekiranya cukai eksais dan cukai jualan dihapuskan secara berperingkat.
“Misalnya, Perodua Myvi 1,800 cc, cukai eksais yang dikenakan ialah 75 peratus, cukai jualan 10 peratus, maka jumlah cukai keseluruhannya adalah 85 peratus.
“Kalau harga kereta Myvi adalah RM46,000, maka harga keretanya RM24,860 dan selebihnya RM21,140 adalah harga cukai yang perlu dibayar,” katanya dalam satu rakaman video.
Malah, beliau turut berkongsi harga beberapa model kereta yang dijual pada harga mahal kerana cukai eksais dan cukai jualan yang tinggi.
Dalam pada itu beliau turut mempersoalkan bagaimana untuk menurunkan harga kereta?
“Harga kereta boleh diturunkan sekiranya cukai yang tinggi itu dipotong sebab itu Pakatan Rakyat akan menghapuskan cukai kereta secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun.
"Penurunan cukai secara beperingkat itu dilihat perlu untuk memastikan harga kereta sedia ada tidak jatuh secara merudum. Di bawah stuktur cukai sekarang (tahun 2013), kerajaan Barisan Nasional kutip RM 7.6 bilion setahun daripada cukai kereta pada setiap tahun," ujarnya.
Ini bermakna sekiranya parti Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat) mentadbir negara, harga kenderaan yang dijual di Malaysia bakal diturunkan dengan memotong cukai sebanyak 20 peratus pada setiap tahun.
“Biarpun, hasil negara akan berkurangan 20 peratus namun ia akan digantikan dengan hasil baharu iaitu melelong dan menjual AP permit kereta import secara terbuka yang dijangka dapat mengutip RM2 bilion setahun,” katanya.
Sebaliknya, formula yang dikongsi sembilan tahun lalu kini menjadi isu yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
Orang ramai ternyata ternanti-nanti formula itu setelah Pakatan Harapan (PH) kembali memerintah setelah berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan bersama parti komponen lain termasuk Barisan Nasional (BN).
“Sekarang tibalah masanya untuk dia (Rafizi) mempraktikkan segala formula yang dikeluarkan dahulu.
“Semoga dipermudahkan segala urusan, sesiapa yang nak beli kereta ‘hold’ (tunggu) dulu, tunggu menteri umumkan perlaksanaan formula tersebut,” komen seorang pengguna media sosial, Azizi Hamid.
Artikal asal : Rafizi Pernah Kongsi Formula Turunkan Harga Kereta
No comments
Post a Comment