27 Oktober 2022 tahun lalu adalah hari bersejarah penuh gilang gemilang buat Kerajaan PAS Terengganu apabila semua 20 manifesto yang dijanjikan telah berjaya dilaksanakan.
Antara manifestonya adalah mengembalikan tanah yang dirampas kerajaan BN selepas PAS memerintah pada tahun 2004 dan membuka permohonan baru dengan memberi geran kekal terus kepada yang layak.
Pemberiaan hak milik tanah adalah suatu anugerah yang mendatangkan kebahagiaan dan kesyukuran tak terhingga rakyat Terengganu dengan komitmen yang dibuktikan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato Dr Ahmad Samsuri.
Sehingga Januari 2022, 12,624 lot tanah diluluskan serta diagihkan dan proses kelulusan masih terus berjalan.
Pada 23 Januari 2022, seramai 64 peserta menerima penyerahan Jadual 1 dan undian Lot Tanah di Kawasan Tepoh Parlimen Kuala Nerus.
Pada 24 Mei 2022, 514 peserta RTB di Dun Bukit Besi Daerah Dungun menerima dokumen hak milik tanah dan Borang 5A.
Pada 28 Mei 22, 320 Geran Hak Milik Tanah sudah berada dalam tangan penerima dari Dun Langkap dan Permaisuri Setiu.
Pada 9 Jun 2022, 350 peserta menerima Geran Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Dun Hulu Besut melibatkan 6 Rancangan Tanah Berkelompok.
“Saya berterima kasih kepada MB Terengganu yang dapat menunaikan manifeso PRU14. Bagus lah Allah Taala bagi pemimpin yang bagus untuk kita.” – Peserta RTB Hulu Besut.
Pada 4 Ogos 2022, 870 dokumen hak milik tanah termasuk jadual 5A disampaikan di Hulu Terengganu.
“Lama sungguh dah, setiap kali nak mengundi orang mari ambil nama tapi tak ada apa apa, yang kali ini baru boleh maknanya selepas pada parti PAS ambil alih kerajaan maknanya proses pun berjalan lah sampai sekarang.” – peserta RTB Hulu Terengganu.
Pada 30 Ogos 2022, 437 lot tanah RTB perumahan dan pertanian disampaikan kepada penduduk DUN Pengkalan Berangan.
Bermula Jun 2018 sehingga September 2022 jumlah keseluruhan penerima lot RTB dari DUN Rhu Rendang adalah sebanyak 993 dan pada 20 Oktober 2022, 535 orang penerima lagi menerima hakmilik tanah.
31 Januari 2023, 143 penyerahan dokumen hak milik & borang 5A bagi RTB Dun Rantau Abang, Dungun.
Dan kejayaan terbesar buat Daerah Marang apabila 100 peratus lot tanah terkilan Daerah Marang berjaya diselesaikan.
“Tidak ada perkataan untuk kita ucapkan melainkan Alhamdulillah syukur kepada Allah sesuai dengan Terengganu Maju, Berkat Sejahtera serta adil pengagihan saya rasa moto itu memang sesuai dengan pentadbiran negeri Terengganu”. – peserta RTB Marang.
Isu tanah terkilan ialah isu tanah yang dirampas oleh kerajaan BN terdahulu selepas PAS tewas pada PRU 2004.
Untuk rekod, ketika kerajaan PAS mentadbir Terengganu 1999-2004, ribuan lot tanah RTB pertanian dan tapak rumah disediakan dan sebahagian diagihkan kepada peserta.
Kerajaan yang berpegang pada janji ialah kerajaan yang sukar dicari ganti. Semoga PAS terus memimpin kerajaan yang maju, berkat dan sejahtera.
YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan PAS Terengganu
ADUN Tepoh
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment