KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin mengakui diserang parti sendiri ketika berada dalam jemaah menteri bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
Dalam satu komen balas di laman sosial milik Ismail, Khairy mengakui perkara itu namun berpuas hati kerana melakukan yang terbaik membawa negara keluar dari fasa pandemik.
"Memang betul kami diserang oleh parti sendiri sewaktu berada dalam jemaah menteri. Apa pun kita telah lakukan yang terbaik untuk negara. Keluar dari pandemik, pulihkan ekonomi. Anda boleh berbangga dengan (kejayaan) itu," katanya.
Khairy berkata demikian sebagai komen balas kepada video yang dimuat naik oleh Naib Presiden UMNO itu.
Dalam video berdurasi 1 minit 40 saat itu, Ismail meluahkan kekecewaan dan menjelaskan beliau menerima tekanan daripada UMNO.
Ismail turut menjelaskan ada laporan yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat mengenai wawancaranya sebelum ini.
"Saya Perdana Menteri (dari) UMNO. Untuk mengukuhkan UMNO masa itu, daripada 29 menteri Kabinet, 14 daripadanya adalah menteri Barisan Nasional walaupun kita hanya ada 42 kerusi Parlimen.
"Tetapi waktu itu, saya ditekan oleh pemimpin parti sendiri seperti saya bukan Perdana Menteri dari UMNO. Saya dilanyak waktu itu. UMNO seolah-olah pembangkang waktu berkenaan," katanya.
Sumber I BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment