NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jumlah korban gempa bumi Turkiye, Syria dijangka meningkat lepasi angka 50,000

Orang ramai berjalan di atas bangunan yang musnah di bandar bersejarah Antakia di Hatay selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda tenggara negara itu. - Foto AFP




KAHRAMANMARAS: Angka korban akibat bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria dijangka meningkat daripada jumlah 28,000 orang yang direkodkan setakat ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths, dalam satu wawancara bersama Sky News.

"Saya berpandangan sukar untuk menentukan jumlah sebenar (angka korban) kerana perlu mencari (mangsa) di bawah sisa runtuhan namun saya yakin angka itu akan berganda atau lebih. Kita masih belum mengira jumlah kematian.

"Tidak lama lagi, pasukan mencari dan menyelamat pula akan memberi laluan kepada agensi kemanusiaan untuk misi bantuan kepada mangsa yang terkesan untuk tempoh beberapa bulan akan datang," katanya.

Terdahulu, Griffiths tiba di bandar Kahramanmaras di selatan Turkiye, pusat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang memberi kesan kepada jutaan penduduk.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo