MELAKA: Tindakan tegas termasuk melucutkan hak kerakyatan perlu diambil terhadap pemain badminton negara, Bong Guang Yik yang secara terbuka menghina kesucian Islam dan Melayu.
Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata tindakan Guang Yik adalah perbuatan biadab, keterlaluan dan sukar dimaafkan.
Beliau berkata ia bukan sahaja melampaui batas, malah boleh membawa kepada permulaan ketegangan kaum.
"Sebagai seorang atlit yang pernah mewakili negara, Guang Yik pastinya sedar bahawa hal berkaitan Islam dan bangsa Melayu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan apatah lagi menjadi bahan cacian dalam apa jua alasannya.
"Sekiranya tidak dihentikan segera, ia mampu mengakibatkan malapetaka yang kita semua tidak inginkan," katanya.
Dr Muhamad Akmal Saleh (depan) selepas membuat laporan di Balai Polis Merlimau, malam tadi. - Foto NSTP/Nuraliawati Sabri |
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau, malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, isu ini tidak hanya cukup dengan permohonan maaf dan peringatan tetapi ia perlu disusuli dengan pelaksanaan hukuman dengan segera.
"Maka satu ketetapan dan tindakan yang keras perlu segera diambil sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia bahawa soal Islam dan Melayu bukanlah satu topik yang boleh dijadikan bahan hinaan atas apa alasan sekalipun.
"Jika hanya dengan satu muat naik 'nakal' di media sosial oleh seorang atlit kita baru-baru ini menyebabkan dia digantung dari menyertai skuad negara, maka apa yang dilakukan oleh Guang Yik perlu dihukum dengan hukuman lebih berat," katanya.
Beliau berkata walaupun pernah diberikan peluang menyumbang bakti kepada negara, jasanya langsung tidak setanding dengan tingkah laku peribadinya.
"Negara tidak memerlukan rakyat yang sikapnya mampu mencetuskan ketegangan dan kacau bilau antara agama serta kaum," katanya.
Sumber I BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
Kenapa pemain hoki keluarkan kenyataan yg berbaur perkauman diambil tindakan tegas, tapi tindakan pemain badminton ini dipandang sepi pula
ReplyDelete