NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Demam denggi meningkat

Nyamuk edes Aedes aegypti membiak dalam air bersih. - Foto hiasan AFP



KUALA LUMPUR: Jumlah demam denggi meningkat dan mengakibatkan dua kematian minggu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan berlaku sebanyak 249 kes (13%), iaitu 2,159 kes berbanding 1,910 kes, minggu lalu.

"Sehingga kini, kes demam denggi kumulatif ialah 11,127 kes berbanding 3,573 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 7,554 kes (211.4%).


"Kadar kematian akibat komplikasi demam denggi tahun ini dilaporkan sebanyak enam kematian, berbanding sifar kematian bagi tempoh sama, tahun lalu," katanya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, beberapa kawasan hotspot melaporkan peningkatan yang ketara membabitkan empat negeri.

"Peningkatan dilaporkan sebanyak 82 lokaliti, berbanding 45 lokaliti hotspot di Selangor, 22 lokaliti hotspot di Sabah, 13 lokaliti hotspot di Putrajaya dan dua lokaliti hotspot di Pulau Pinang," katanya.

Seterusnya, Dr Noor Hisham berkata, survelan chikungunya menunjukkan 20 kes pada minggu kelima dengan 10 kes dari Kedah, manakala lima kes dari Kuala Lumpur dan Putrajaya, masing-masing dua dari Pulau Pinang dan Pahang serta satu kes dari Selangor. 

"Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini 72 kes, manakala bagi survelan zika, sebanyak 225 sampel darah dan satu sampel urin dijalankan saringan zika dan hasil semuanya negatif," katanya.


Beliau menasihatkan sekolah serta kontraktor pembersihan melakukan pembersihan di kawasan sekolah.

Katanya, ini berikutan sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi dan ruangan kelas digunakan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Langkah ini diambil bagi mengawal dan menurunkan jumlah nyamuk di sekolah semasa cuti sekolah.

"Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam pam tandas, tangki air dan kolam hiasan. Anda juga perlu memastikan tiada air bertakung di alas pasu, tempat sampah, kon serta mesin penapis air. 

"Barang-barang lusuh dan bekas potensi perlu dilupuskan dan lakukan semburan aerosol pada awal pagi, sebelum memulakan ujian SPM atau hari pertama sesi pembelajaran.

"Memakai pakaian yang menutup anggota badan dan menggunakan bahan repelan nyamuk di anggota badan terdedah, semasa melakukan aktiviti luar pada waktu puncak gigitan nyamuk Aedes, iaitu jam 6 hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 8 malam," katanya.


Sumber I BH Online








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo