NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

CAP gesa langkah segera turunkan harga sayur meningkat 160 peratus



GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera bagi menurunkan harga sayuran yang meningkat sehingga 160 peratus sejak sebulan lalu. 

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, CAP juga menerima aduan daripada peruncit yang mendakwa bahawa pengedar dan pemborong turut memberi amaran bahawa harga sayur dijangka akan meningkat beberapa minggu akan datang.

"Harga bendi dan kacang panjang yang sebelum ini hanya RM6 sekilogram, masing-masing meningkat sebanyak RM16 dan RM12 manakala tomato (RM4.50 sekilogram), kacang (RM6 sekilogram) dan terung RM7 sekilogram kini masing-masing berharga antara RM10 hingga RM12 sekilogram," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Mohideen lagi, kenaikan harga barang perlu ditangani segera kerana ia akan memberi kesan terhadap golongan berpendapatan rendah.

"Golongan ini akan terjejas teruk akibat kenaikan harga barangan dan tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga secara berlebihan serta melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 perlu diambil. 

"CAP sudah berulang kali menggesa supaya FAMA mengawal pemasaran dan pengedaran sayur-sayuran di negara ini bagi menghapuskan pencatutan orang tengah tetapi gesaan kami tidak didengari," katanya lagi.


Sumber I BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo