Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan berkata mematuhi waktu persekolahan sedia ada dapat mengurangkan masalah dihadapi guru serta ibu bapa. |
PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan waktu persekolahan di Semenanjung dianjak kepada 8 pagi kerana belum tiba masa melakukan perubahan.
Presidennya, Aminuddin Awang berkata mematuhi pekeliling waktu persekolahan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan dapat mengurangkan masalah dihadapi guru serta ibu bapa.
Katanya, perubahan waktu persekolahan juga akan memberi kesan kepada sekolah yang mempunyai dua sesi persekolahan.
“Kita juga perlu melihat kebajikan guru dan murid sesi petang. Jika waktu pagi dilewatkan, sudah pasti waktu pulang sesi petang juga lewat,” katanya kepada FMT.
Semalam, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, menyarankan waktu persekolahan dianjak kepada 8 pagi, iaitu lewat 30 minit berbanding jadual sedia ada.
Katanya, kerajaan sepatutnya mempunyai rasa belas kasihan dan empati terhadap guru, ibu bapa dan anak yang terpaksa bangun seawal 4.30 pagi.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, masalah kesesakan jalan raya tidak akan selesai hanya dengan mengubah waktu persekolahan.
“Seandainya cadangan waktu mula sekolah dilewatkan 15 minit, kita yakin ada yang melewatkan 15 minit untuk keluar rumah berbanding biasa. Jadi, isu kesesakan jalan raya untuk ke sekolah tidak akan selesai,” katanya.
Beliau berkata, semua pihak sepatutnya memfokuskan isu lebih besar seperti beban tugas guru serta pendigitalan pendidikan.
“Ia banyak memberi impak terhadap kelancaran kerja profesional guru,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment