NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2023: Perlu bersifat manusiawi - ABIM



KUALA LUMPUR: Pendekatan Belanjawan Malaysia Madani perlu menyentuh aspek kemakmuran hidup rakyat dalam konteks yang lebih besar daripada sekadar ukuran pada angka.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, ia perlu bersifat manusiawi supaya setiap seorang rakyat di negara ini dapat menikmati hasil negara untuk hidup yang lebih sejahtera.

Tegasnya, titik-titik buta atau pautan yang hilang antara jurang masyarakat perlu dilihat dan disambungkan supaya jalinan itu wujud dan mengukuh sekaligus tiada anggota masyarakat yang tertinggal dan dikesampingkan.

“Kebiasaan kita melihat kayu ukur ekonomi kita pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebelum menentukan hala tuju dasar kita.

“Tapi dalam kerangka Madani, saya fikir kita perlu melihat bagaimana pendekatan Belanjawan Malaysia Madani ini mengangkat tema ekonomi manusiawi dalam konteks yang lebih besar.

“Tidak hanya kepada soal angka-angka tetapi melihat kepada bagaimana kita boleh terus pergi kepada mereka di bawah, jurang antara mereka dan titik buta yang ada,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.

Oleh hal yang demikian, beliau berpendapat bahawa pendekatan pemukiman sepertimana yang dilakukan antara Perdana Menteri dengan menteri-menteri Kabinetnya perlu juga dibawa ke peringkat menteri dengan agensi-agensi di bawahnya.

Dengan itu, realiti keadaan di peringkat masyarakat terbawah dapat sampai ke peringkat kepimpinan teratas lantas wujud pemahaman dan harapnya bersama empati supaya dasar yang tepat dapat dilaksanakan untuk meningkatkan tarap kehidupan kumpulan masyarakat berkenaan.

“Orang di Putrajaya tak sama dengan orang di Kuala Berang, jadi kayu ukur (tahap kesejahteraan rakyat) itu perlu melihat kepada konteks yang ‘real’.”



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo