RANTAU PANJANG: Penoreh getah meminta kerajaan menstabilkan harga getah dengan menaikkan harga lantai sekurang-kurangnya RM4 sekilogram dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan semula hari ini. Tinjauan Utusan Malaysia di sini mendapati, rata-rata mereka mengharapkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian kepada isu harga lantai getah.
Penoreh getah, Omar Ahmad, 61, berkata, harga bagi satu kilogram getah beku ketika ini hanya antara RM2 hingga RM2.50. Ads by Kiosked Dia berharap kerajaan menaikkan harga getah sekurang-kurangnya RM4 sekilogram bagi meningkatkan pendapatan penoreh.
“Dengan harga getah RM2.50 sekilogram ini nak tukar dengan sekilogram gula tak lepas, kalau nak beli ikan selayang pula kami perlu ada getah beku lima kilogram. Sangat perit untuk kami meneruskan kelangsungan hidup ketika semua barang asas naik harga sekarang,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjong Erat Lubok Stol di sini, semalam.
Menurutnya, dia yang bergantung pendapatan secara pawah atau mengambil upah menoreh terpaksa berkongsi hasil pendapatan dengan pemilik kebun mengakibatkan sering kesempitan wang untuk menyara keluarga. Katanya, pendapatan sebulan sekitar RM600 dan terpaksa dibahagi dua dengan pemilik.
“Sekiranya harga getah dinaikkan, kami penoreh getah boleh menarik nafas lega untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya. Bagi Azmi Jusoh, 54, pembentangan belanjawan kali ini diharapkan kerajaan tidak meminggirkan golongan penoreh getah.
Katanya, ketika harga getah jatuh ramai penoreh getah mula tukar kerjaya kerana tidak mampu menyara keluarga hasil menoreh getah. “Saya yakin jika harga getah naik, ramai yang akan menoreh getah semula yang merupakan pekerjaan warisan sekian lama,” katanya. – UTUSAN
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment