NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas pegawai bank terkejut Jho Low nafi berbual dengannya mengenai akaun Najib

Dalam keterangan saksinya, Jho Low berkata dia tiada kena-mengena dengan membawa akaun Najib ke bank. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Seorang bekas Pengurus Perhubungan AmBank terkejut apabila mengetahui ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau tidak pernah berkomunikasi dengannya mengenai pengurusan akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak.
Joanna Yu Ging Ping, 52, yang mengendalikan akaun bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perkara itu oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Muhammad Shafee: Jho Low telah ditunjukkan perbualan BlackBerry Messenger (BBM) oleh SPRM dan dia tidak mengenali (mesej itu) dan berkata beliau tidak pernah bercakap dengan anda. Anda terkejut?
Yu: Ya
Muhammad Shafee: Dalam keterangan saksinya, Jho Low berkata dia tiada kena-mengena dengan membawa akaun Najib ke bank. Jawab Yu "saya rasa terkejut."
Saksi ke-41 pendakwaan yang mengendalikan akaun bank Najib bersetuju dengan peguam itu bahawa sebenarnya Jho Low berhubung dengan beliau banyak kali.
Jho Low membuat kenyataan itu kepada SPRM ketika disoal di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 27 Nov 2015.
Pada prosiding hari ini, mahkamah mendengar perbualan BBM antara Jho Low dan Yu mengenai status akaun Najib dengan Jho Low mengeluarkan banyak arahan kepada Yu mengenai transaksi dan penyata bank Najib.
Muhammad Shafee kemudian bertanya kepada saksi itu mengenai tawaran pekerjaan daripada Jho Low dalam salah satu syarikat miliknya dengan gaji lebih tinggi pada 2013.
Muhammad Shafee: Adakah Jho Low cuba menawarkan kamu pekerjaan?
Yu: Ya dia ada menawarkannya. Saya kata saya ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Saya sudah berkeluarga dan saya tidak mahu bekerja mengikut gaya hidup beliau. Jho Lo meminta saya menyertai satu daripada syarikat-syarikatnya.
Muhammad Shafee: Adakah perkara itu dibangkitkan lagi?
Yu: Dia sentiasa bertanyakan perkara itu tetapi saya mengatakan tidak secara sopan. Saya hanya kata saya perlu memikirkannya.
Najib, 70 menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Sequerah bersambung esok.
--BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo