BEIJING: China semalam mengesahkan 'belon' yang dikesan Washington dan Bogota terbang melintasi Amerika Latin, adalah milik Beijing, selepas Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh objek serupa pada minggu lalu.
Jumaat lalu, Pentagon mendakwa 'objek disyaki belon pengintip China yang kedua' dilihat melintasi Amerika Latin.
Menurut Kementerian Luar China, semalam, objek berkenaan adalah dari negaranya dan mendakwa ia bersifat awam serta digunakan untuk ujian penerbangan.
"Akibat faktor cuaca, ditambah pula dengan kemampuan gerakannya yang terhad, ia menyimpang jauh dari laluan dijangkakan dan secara tidak sengaja memasuki ruang udara Amerika Latin serta Caribbean.
"China adalah sebuah negara yang bertanggungjawab dan sentiasa tegas mematuhi undang-undang antarabangsa.
"Kami sudahpun berkomunikasi dengan pihak berkaitan serta menanganinya secara wajar, dan tidak akan mengakibatkan sebarang ancaman kepada mana-mana negara," kata jurucakap, Mao Ning, pada satu taklimat media.
Pengesanan 'belon' terbabit menyebabkan pembatalan lawatan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, yang sepatutnya dijadualkan tiba di Beijing, Ahad lalu.
No comments
Post a Comment