NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar gagal sebagai Menteri Kewangan




Tidak cukup dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan penasihat kanan, sekarang dilantik pula 5 individu sebagai Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan.

Rupanya ‘The best Menteri Kewangan Asia’ ini tidaklah berbisa seperti yang diwar-warkan.

Selepas melantik Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak berfungsi dan melantik anak sendiri yang mengundang provokasi, Anwar berhadapan dengan satu lagi cabaran besar apabila masalah harga barang dan kos sara hidup rakyat tetap gagal ditangani.

Rakyat semakin tertekan. Rekod kerajaan campuran semakin tercalar. Macam mana Anwar nak bawa Malaysia jadi ‘Harimau Asia’ kalau masalah telur pun tak selesai?

Ini adalah kenyataan yang perlu ditelan oleh penyokong PH-BN.

Pelantikan 5 orang Badan Penasihat ini membuktikan bahawa Anwar dan kerajaan campuran gagal mengurus masalah ekonomi negara.

Tetapi sekurang-kurangnya nanti selain skrip “Sila tanya bank negara,” Anwar boleh guna jawapan, ‘Saya tanya Badan Penasihat saya dulu”.

Nurul Izzah pun tidak akan disalahkan seorang diri jika kerajaan gagal menyelesaikan masalah kebajikan rakyat lagi nanti.

Silap hari bulan beberapa bulan akan datang, semua Menteri ada Badan Penasihat.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo