Menurut bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, beliau sedang memilih dan bersedia menyertai mana-mana parti politik yang sesuai dengan perjuangannya.
"Sejak tahun 1979 (43 tahun lalu), saya menjadi ahli parti politik tertentu dan berkhidmat kepadanya sehinggalah saya dibuang daripada parti tersebut Disember lalu.
"Kini sudah tiga bulan saya tidak berparti. Masa tersebut saya gunakan untuk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara.
"Tiba masanya kini untuk saya memikirkan secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti, dengan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangan saya," kata Annuar dalam hantaran di akaun Facebok beliau hari ini.
Annuar yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, parti yang ingin disertainya adalah sebuah parti yang benar-benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara.
Justeru, beliau berharap ada parti yang sudi menerimanya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa.
"Semoga ada parti yang sudi menerima saya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa mereka," tulis beliau lagi.
Pada Disember lalu, Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO memaklumkan tidak akan merayu keputusan pucuk pimpinan parti itu yang memecat keahliannya.
No comments
Post a Comment