NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anak muda Perlis cerdik, sebab itu Umno tersungkur

KANGAR: Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Azlan Man kononnya PN menggunakan anak muda menerusi aplikasi Tik Tok untuk memfitnah kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) khususnya berkaitan pembangunan negeri.

Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli berkata, mereka (anak muda) tidak lagi mudah percaya kepada fitnah murahan selain mereka bijak membuat pilihan pada pilihan raya lepas.

Katanya PN langsung tidak menyentuh soal pembangunan semasa kempen pilihan raya dan berulang kali menegaskan akan meneruskan projek pembangunan yang ada jika ia memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita tidak guna golongan muda (Tiktoker), mereka sendiri yang mempunyai kesedaran dalam membuat pilihan. Sekarang orang-orang muda sudah bijak membuat keputusan,” katanya di sini hari ini.

Semasa sidang akhbar pertama selepas membentuk kerajaan negeri baharu sebelum ini, Mohd Shukri berkata, kerajaan PN akan meneruskan projek-projek pembangunan yang dilaksanan kerajaan terdahulu di Perlis demi manfaat rakyat.

Azlan dalam hantaran di Facebooknya tiga hari lepas mendakwa PN menggunakan anak muda melalui aplikasi TikTok semasa kempen PRU15 lalu untuk berbohong, menfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan BN sebelum itu.

Menurutnya juga PN menggunakan dua pemuda berasal dari Perlis untuk menfitnah dan berbohong bahawa tiada pembangunan yang dibawa oleh BN.

– HARAKAHDAILY


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo